Blogroll

Monday, August 15, 2011

DAP tolak pelawaan Nazri sertai BN

Pemimpin DAP hari ini berikrar untuk berdiri teguh bersama sekutu Pakatan Rakyat - PAS dan PKR - dan menolak pelawaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz untuk menyertai BN.

NONESetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata undangan Nazri datang secara tiba-tiba itu dan beliau tidak pasti motif beliau berbuat demikian.

"Kami berdiri teguh bersama sekutu kami dalam Pakatan. Kami adalah berbilang kaum. Mungkin MCA dan Gerakan telah hilang perwakilan masing-masing di kerusi-kerusi mereka, "katanya kepada pemberita di Pulau Pinang apabila diminta mengulas.

"Namun kedua-dua pihak itu hanya memperjuangkan satu bangsa, sementara kita mempertahankan hak semua rakyat Malaysia. Jadi persoalanan (DAP menyertai BN) tidak timbul," katanya.

Pelawaan Nazri itu disiarkan menerusi akhbar harian Cina Sin Chew Daily hari ini. Beliau yang ditemubual akhbar itu juga berkata, Gerakan - yang pernah menjadi pembangkang - telah dijemput untuk menyertai Perikatan pada tahun 1969.

Mengulas isu yang sama, ahli parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang berkata, sejak 45 tahun yang lalu, pemimpin DAP telah berusaha bersungguh-sungguh dan banyak berkorban demi kepercayaan politik mereka.

NONE"Pemimpin kami, ramai yang dianiaya dan didakwa di mahkamah, (ada) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".

Sesetengah mereka telah "dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan ada juga dihalang daripada bertanding selama lima tahun tetapi demi perjuangan mereka tabah dan bersabar bagi menegakkan hak semua rakyat Malaysia merentasi bangsa dan agama".

"Semua pengorbanan ini bukan untuk DAP bagi menggantikan MCA dalam BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Hanya politik baru dan penghindaran dari politik 'pecah dan perintah' mengikut garis etnik dan mementingkan diri sendiri... boleh menyelamatkan Malaysia."
Read more >>

Upah RM50 dakwaan dangkal kata PAS

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim bahawa peserta BERSIH 2.0 diupah RM50 adalah kenyataan yang "sangat dangkal"

NONESambil menafikan PAS turut mengupah anggotanya, Mahfuz menyifatkan kenyataan Rais itu sebagai cuba "menyamakan semua orang macam Umno".

"Umno nak meramaikan perhimpunan mereka, nak meramaikan perhimpunan yang dihadiri pimpinan mereka, mesti diberi duit, dibelanja dengan wang cukup besar, sediakan pengangkutan, kemudian diberi duit, beri makan dan sebagainya.

Jadi dia (Rais) menyamakan (dengan kita). Dia tidak boleh berfikir di luar kotak (pemikiran) Umno. Rais ini berpemikiran dalam kotak Umno. Dia tak keluar daripada kotak Umno," katanya.

rais yatim pc 020709 01Semalam, Rais dilapor mendakwa ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya.

Menurut Rais lagi, bukan semua peserta perhimpunan itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.

Read more >>

Saturday, May 14, 2011

Kristian-Islam: Razali mungkin ‘dipaksa’, kata DAP

KUALA LUMPUR, 14 Mei — DAP percaya ahli parti itu, Mohamed Razali Abdul Rahman kemungkinan besar telah “dipaksa” untuk membuat laporan polis — yang semalam PDRM menyifatkan ada “variasi” berbanding laporan sebelum ini berhubung konspirasi yang didakwa membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi negara.

Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi (gambar) menegaskan kemungkinan Razali, ahli jawatankuasa DAP cawangan Bukit Tumba telah dipujuk oleh saudaranya yang bekerja sebagai seorang polis cawangan khas yang lazimnya memantau kegiatan politik di Jelutong.

“Kami diberitahu Mohamed Razali ada pertalian keluarga dengan seorang anggota polis dan anggota itu yang dikatakan berperanan membantu Utusan Malaysia mendapatkan berita itu.

“Saya harap polis juga boleh mula siasat dari sudut ini dan adil serta bebas dalam siasatan kes berkenaan,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

“Kami berharap Mohamed Razali mengulangi apa yang dilaporkannya kepada polis supaya kami boleh mengambl tindakan undang-undang jika kenyataannya mengancam kedudukan DAP dan masyarakat Kristian,” katanya lagi.

Jelas beliau, Razali yang setia kepada parti itu tidak akan melakukan perkara yang boleh menjejaskan parti.

Tambah Ooi, beliau turut terkejut dengan tindakan Razali selepas masing-masing sebelum ini membantah laporan tindakan Utusan Malaysia itu.

“Sebelum ini dia membantah laporan Utusan Malaysia tetapi secara tiba-tiba dia membuat laporan polis.

“Malah sebelum ini Mohamad Razali yang meminta saya untuk buat laporan polis tapi sekarang selepas seminggu dia pula yang buat laporan polis,” katanya lagi.

“Saya agak sedih dan terkejut, mungkin dia dipaksa tapi saya tidak tahu... sebab itu kita mahukan penjelasan itu,” katanya.

“Kita tidak tahu motif atau niatnya membuat laporan polis lima hari setelah kami membuat laporan polis menafikan dakwaan yang dibuat di Utusan... (yang) juga diiringi oleh Mohamed Razali,” tambah Ooi, yang telah membuat laporan polis sehari selepas Utusan Malaysia bertarikh 7 Mei lalu mendakwa wujudnya perbincangan itu.

Utusan Malaysia juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun kumpulan Kristian dan DAP menafikan dengan keras dakwaan itu sambil menyifatkan laporan Utusan Malaysia itu “pembohongan yang merbahaya.”

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan kandungan laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu di Pulau Pinang berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi adalah “variasi lain” dari laporan sebelum ini.

Bagaimanapun Khalid enggan mendedahkan kandungan laporan tersebut dan identiti pengadu yang membuat laporan.

Pagi semalam, Razali membuat laporan polis Balai Polis Jalan Patani, Pulau Pinang berhubung pertemuan itu itu.

Razali mengakui dia ada pada pertemuan itu yang diadakan di sebuah hotel di Jalan Macalister.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan kandungan laporan itu kepada media.
Read more >>

Undang-undang Islam: Majlis Peguam tolak syor peguam Muslim

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Majlis Peguam menolak gesaan peguam-peguam Muslim agar undang-undang berkaitan Islam digubal oleh Majlis Raja-raja Melayu berbanding Parlimen sekarang sambil menyifatkannya sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam gesaannya baru-baru ini, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, satu memorandum akan dihantar bagi menuntut hak eksklusif umat Islam mentadbir agama mereka sendiri.

Ini termasuk mencadangkan sebarang penggubalan undang-undang Islam tidak lagi dibahaskan oleh Dewan Rakyat kerana ia membuka perbahasan kepada golongan bukan Islam termasuk orang Islam yang tiada ilmu dalam undang-undang Islam.

Sebaliknya, ia perlu diberikan perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum draf undang-undang dibawa ke Jemaah Menteri dan Parlimen.

Dalam ulasannya, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata, kesemua undang-undang perlu diluluskan oleh ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara berperlembagaan.

“Ini struktur fundamental dan asas Perlembagaan Persekutuan,” kata Lim kepada The Malaysian Insider menerusi satu kenyataan yang diemelkan malam tadi.

“Struktur fundamental dan asas tidak boleh diatasi,” kata Lim.

Lim menambah, memorandum yang hendak dikemukakan PPMM kepada kerajaan bercanggah dengan proses legislatif dan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, perkara-perkara berkaitan dengan undang-undang Islam digubal oleh Dewan Undangan Negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diputuskan oleh Parlimen.

“Ini diperuntukkan di bawah Perkara 74 yang dibaca bersama dengan Senarai Dua yang ditetapkan di Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,” kata Lim.

“Oleh itu, kuasa perundangan berkaitan dengan undang-undang Islam biasanya berada di bawah bidang kuasa Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Lim juga berkata, Perlembagaan juga tidak menggariskan perbezaan antara jenis perundangan yang Parlimen diberi kuasa untuk meluluskan.

Justeru katanya, Perkara 66(1) mengatakan bahawa “kuasa Parlimen untuk menggubal undang-undang” seharusnya dilakukan oleh undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Mengikut laporan media Rabu lalu, Zainul Rijal berkata, cadangan itu bertujuan mengelakkan perbahasan tentang Rang Undang-Undang Islam oleh orang bukan Islam termasuklah oleh orang Islam yang tidak mempunyai keilmuan dalam undang-undang Islam.

Dengan cara ini, orang bukan Islam tidak boleh lagi mencampuri urusan agama Islam dan orang Islam dapat mentadbir agamanya mengikut acuan Islam itu sendiri. Ia memberi kesan kepada Perkara 11(3) untuk orang Islam mentadbir agamanya secara eksklusif, terlaksana. Perkara ini mungkin akan dikaji tetapi saya sudah melihat dan bercakap dengan ramai peguam dan pensyarah undang-undang, mungkin ia boleh kita jadikan sebagai satu realiti.

Bagaimanapun Lim berpendapat bahawa syor Zainul Rijal yang mengetengahkan Perkara 11(3) sebagai salah.

“Peruntukan itu tidak membenarkan kumpulan-kumpulan agama (dalam kes ini kumpulan Islam) hak untuk menggubal undang-undang Islam,” katanya.

“Kuasanya terletak pada badan-badan perundangan masing-masing (sama ada Dewan Undangan Negeri atau Parlimen) dan tidak dan tidak boleh diperluaskan dalam konteks yang diketengahkan oleh Encik Zainul,” katanya lagi.

Katanya, jika Perkara 11(3) ditafsirkan secara ekstrem, maka mana-mana kumpulan agama boleh menggubal undang-undang mengikut sesuka hati mereka dan menyebabkan “anarki monarki.”

“Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa setiap kumpulan agama mempunyai hak memperoleh dan memiliki hartanah dan memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang,” kata Lim lagi.

“Pentadbir di bawah peruntukan mesti dibaca dalam konteks keseluruhan peruntukan... ‘ia” merujuk kepada hartanah, bukannya mentadbir agama mereka (yang merupakan tafsiran luas dan tidak tepat,” katanya lagi.
Read more >>

 
  • Blogroll

  • Consectetuer

  • Popular

  • Comments